Selamat Datang ke Laman PSS SK Jelawat 2. Sebuah laman PSS yang memuatkan pelbagai info berkaitan SK Jelawat 2, Bachok, Kelantan. Disamping memuatkan pautan akademik termasuk bahan-bahan PdP yang akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa, dalam hal merealisasikan moto sekolah; "Kreatif, Inovatif, dan Produktif."

Selasa, 18 Oktober 2011

PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan telah diadakan secara serentak pada hari Isnin, 17hb Oktober 2011, di seluruh Malaysia. Majlis pelancaran peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Terbuka SK Jelawat 2 dan dipengerusikan oleh Encik Abdul Aziz bin Mamat.

 
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah. Seterusnya bacaan teks ucapan Perutusan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan oleh Penolong Kanan Pentadbiran (PKP), Puan Hajah Nik Rahmah binti Nik Kar. Disusuli ucapan oleh Tuan Guru Besar, Puan Hajah Fuziah binti Othman yang menyeru agar semua warga sekolah mendaulatkan Bahasa Malaysia yang merupakan Bahasa Kebangsaan negara kita.


Majlis tersebut turut diisikan dengan bacaan ikrar oleh semua warga SK Jelawat 2 dan beberapa persembahan lain. Encik Razak bin Yajid telah menyampaikan sebuah syair dan disusuli dengan  deklamasi sajak oleh PKP, Puan Hajah Nik Rahmah binti Nik Kar, dan Anis Zahirah Ezaini binti Baharudin, murid Tahun 6 Murabbi.

Persembahan koir lagu "Bahasa Jiwa Bangsa" oleh murid-murid Tahun 6 turut mengisi majlis pelancaran yang diakhiri dengan bacaan doa oleh Encik Ismail bin Mohd.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan